Tuesday, March 1, 2011

doa 'Rabbi Yassir wa la tuassir' maksudnya Ya Allah,engkau mudahkanlah sesuatu yg susah itu..

petua percepatkan proses bersalin

1. Banyakkan berjalan kalau dah masuk 37 weeks tu. Tak kisah la turun naik tangga rumah, office atau shopping complexes. But make sure jangan jalan kelam kabut nanti tersadung jatuh. Naya je.

2. Having sex with husband. Ini memang boleh meningkatkan hormon prostaglandin . Ianya boleh meningkatkan kekerapan contractions sekaligus mempercepatkan bukaan pintu rahim.

Friday, January 21, 2011

merawat diri selepas bersalin

1.Cara tido selepas bersalin
- Tido dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan menjauhkan diri dari sakit kepala.
- Kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula dan luka menjadi cepat sembuh.

2.Pakaian selepas melahirkan
- Pakaian tebal baju panas lengan panjang supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang di usia tua.
-Sentiasa berstoking supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin

3.Dandanan Rambut
- rambut diikat ketat dan tinggi supaya angin meroyan tak naik ke kepala dan jika tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun.
- sapukan minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening.

4.Memakai pilis di dahi.
Pilis di buat dari kulit kayu manis yang di asah pada buntut pasu dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi:
- mengelakakn angin meroyan
- mencegah mata menjadi rabun

5.Berbedak
-Bedak dibuat daripada bedak sejuk dan ragi tapai.
Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai,hancurkan dengan sedikit bedak sejuk,setelah itu campurkan dengan sedikit air.sapukan pada seluruh badan,jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan.

-Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit.Hendaklah diamalkan selama 44 hari.

6.Berbarut
-Dipakai 3-4 hari selepas melahirkan.
-Caranya ambil 2 sudu kapur makan,campurkan dengan sedikit perahan asam jawa untuk mencairkan.Sapukan rata di bahagian perut,elakkan terkena pusat.Selepas itu pakailah barut.Rawatan Ini bertujuan untuk mengempiskan perut dan elak perut berkedut.

7.Bertungku
-ambil tungku panaskan dan balutkan dengan kain batik (sediakan daun lengkuas dan taburkan sedikit garam kasar)dan tuam di atas perut.lakukan 2-3 kali sehari.Tujuan bertungku supaya batu meroyan cepat kecut,hindari perut buncit,memecahkan darah beku,dan ibu tidak akan rengat.

8.Berganggang pada api
- Untuk keluarkan peluh kotor dan badan cepat pulih dan cergas.
Caranya duduk pada kerusi yang berlubang.nyalakan api yg sederhana di bawah kerusi,duduk di atas kerusi hingga badan berpeluh,lakukan setelah seminggu bersalin.
rawatan ini untuk menyegarkan badan

9.Berbengkung
-Sediakan kain kosong 3 meter,ikat pada tiang dan lilitkan pada badan bermula bawah payudara hingga ke punggung dengan ketat.
-tujuannya untuk menguatkan perut yang longgar,mengempiskan perut,menguatkan peranakan supaya tidak turun.

10.Mandian wanita selepas bersalin
-Ramuanya 20 helai daun nangka,Daun serai wangi secekak,Daun pandan 10 helai,dan daun inai secekak.rebus dan campur dengan air mandian suam-suam kuku.

11.minum air pati kunyit
Ambil kunyit sebesar ibu jari,bakar pada api.setelah layu tumbuk halus dan kacau pada suku gelas air.tapis dan minum airnya 3 hari berturut pada waktu pagi.cara ini untuk meyembuhkan luka dalam rahim.

12.Minum air akar kayu selepas 4 hari bersalin

13.minum jamu selepas 2 minggu atau sebulan selepas bersalin

14.makan telur ayam dan madu lebah
2 biji telur masak separuh campurkan dengan 1 sudu kecil madu asli,makan waktu pagi selepas mandi.

menu semasa berpantang

untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambillah 5 cm halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk semua sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. Selamat mencuba.

Kaki bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.

Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.

Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Mengempiskan perut

Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.

Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :

Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.