Friday, January 21, 2011

merawat diri selepas bersalin

1.Cara tido selepas bersalin
- Tido dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan menjauhkan diri dari sakit kepala.
- Kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula dan luka menjadi cepat sembuh.

2.Pakaian selepas melahirkan
- Pakaian tebal baju panas lengan panjang supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang di usia tua.
-Sentiasa berstoking supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin

3.Dandanan Rambut
- rambut diikat ketat dan tinggi supaya angin meroyan tak naik ke kepala dan jika tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun.
- sapukan minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening.

4.Memakai pilis di dahi.
Pilis di buat dari kulit kayu manis yang di asah pada buntut pasu dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi:
- mengelakakn angin meroyan
- mencegah mata menjadi rabun

5.Berbedak
-Bedak dibuat daripada bedak sejuk dan ragi tapai.
Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai,hancurkan dengan sedikit bedak sejuk,setelah itu campurkan dengan sedikit air.sapukan pada seluruh badan,jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan.

-Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit.Hendaklah diamalkan selama 44 hari.

6.Berbarut
-Dipakai 3-4 hari selepas melahirkan.
-Caranya ambil 2 sudu kapur makan,campurkan dengan sedikit perahan asam jawa untuk mencairkan.Sapukan rata di bahagian perut,elakkan terkena pusat.Selepas itu pakailah barut.Rawatan Ini bertujuan untuk mengempiskan perut dan elak perut berkedut.

7.Bertungku
-ambil tungku panaskan dan balutkan dengan kain batik (sediakan daun lengkuas dan taburkan sedikit garam kasar)dan tuam di atas perut.lakukan 2-3 kali sehari.Tujuan bertungku supaya batu meroyan cepat kecut,hindari perut buncit,memecahkan darah beku,dan ibu tidak akan rengat.

8.Berganggang pada api
- Untuk keluarkan peluh kotor dan badan cepat pulih dan cergas.
Caranya duduk pada kerusi yang berlubang.nyalakan api yg sederhana di bawah kerusi,duduk di atas kerusi hingga badan berpeluh,lakukan setelah seminggu bersalin.
rawatan ini untuk menyegarkan badan

9.Berbengkung
-Sediakan kain kosong 3 meter,ikat pada tiang dan lilitkan pada badan bermula bawah payudara hingga ke punggung dengan ketat.
-tujuannya untuk menguatkan perut yang longgar,mengempiskan perut,menguatkan peranakan supaya tidak turun.

10.Mandian wanita selepas bersalin
-Ramuanya 20 helai daun nangka,Daun serai wangi secekak,Daun pandan 10 helai,dan daun inai secekak.rebus dan campur dengan air mandian suam-suam kuku.

11.minum air pati kunyit
Ambil kunyit sebesar ibu jari,bakar pada api.setelah layu tumbuk halus dan kacau pada suku gelas air.tapis dan minum airnya 3 hari berturut pada waktu pagi.cara ini untuk meyembuhkan luka dalam rahim.

12.Minum air akar kayu selepas 4 hari bersalin

13.minum jamu selepas 2 minggu atau sebulan selepas bersalin

14.makan telur ayam dan madu lebah
2 biji telur masak separuh campurkan dengan 1 sudu kecil madu asli,makan waktu pagi selepas mandi.

1 comment:

  1. makasih ya infonya sangat menginspirasi ya...
    dan ini memberikan ilmu baru .. oya kalau untuk tips merawat kaos kaki muslimah seperti apa ya..
    salam sukses

    ReplyDelete