Friday, January 21, 2011

merawat diri selepas bersalin

1.Cara tido selepas bersalin
- Tido dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan menjauhkan diri dari sakit kepala.
- Kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula dan luka menjadi cepat sembuh.

2.Pakaian selepas melahirkan
- Pakaian tebal baju panas lengan panjang supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang di usia tua.
-Sentiasa berstoking supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin

3.Dandanan Rambut
- rambut diikat ketat dan tinggi supaya angin meroyan tak naik ke kepala dan jika tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun.
- sapukan minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening.

4.Memakai pilis di dahi.
Pilis di buat dari kulit kayu manis yang di asah pada buntut pasu dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi:
- mengelakakn angin meroyan
- mencegah mata menjadi rabun

5.Berbedak
-Bedak dibuat daripada bedak sejuk dan ragi tapai.
Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai,hancurkan dengan sedikit bedak sejuk,setelah itu campurkan dengan sedikit air.sapukan pada seluruh badan,jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan.

-Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit.Hendaklah diamalkan selama 44 hari.

6.Berbarut
-Dipakai 3-4 hari selepas melahirkan.
-Caranya ambil 2 sudu kapur makan,campurkan dengan sedikit perahan asam jawa untuk mencairkan.Sapukan rata di bahagian perut,elakkan terkena pusat.Selepas itu pakailah barut.Rawatan Ini bertujuan untuk mengempiskan perut dan elak perut berkedut.

7.Bertungku
-ambil tungku panaskan dan balutkan dengan kain batik (sediakan daun lengkuas dan taburkan sedikit garam kasar)dan tuam di atas perut.lakukan 2-3 kali sehari.Tujuan bertungku supaya batu meroyan cepat kecut,hindari perut buncit,memecahkan darah beku,dan ibu tidak akan rengat.

8.Berganggang pada api
- Untuk keluarkan peluh kotor dan badan cepat pulih dan cergas.
Caranya duduk pada kerusi yang berlubang.nyalakan api yg sederhana di bawah kerusi,duduk di atas kerusi hingga badan berpeluh,lakukan setelah seminggu bersalin.
rawatan ini untuk menyegarkan badan

9.Berbengkung
-Sediakan kain kosong 3 meter,ikat pada tiang dan lilitkan pada badan bermula bawah payudara hingga ke punggung dengan ketat.
-tujuannya untuk menguatkan perut yang longgar,mengempiskan perut,menguatkan peranakan supaya tidak turun.

10.Mandian wanita selepas bersalin
-Ramuanya 20 helai daun nangka,Daun serai wangi secekak,Daun pandan 10 helai,dan daun inai secekak.rebus dan campur dengan air mandian suam-suam kuku.

11.minum air pati kunyit
Ambil kunyit sebesar ibu jari,bakar pada api.setelah layu tumbuk halus dan kacau pada suku gelas air.tapis dan minum airnya 3 hari berturut pada waktu pagi.cara ini untuk meyembuhkan luka dalam rahim.

12.Minum air akar kayu selepas 4 hari bersalin

13.minum jamu selepas 2 minggu atau sebulan selepas bersalin

14.makan telur ayam dan madu lebah
2 biji telur masak separuh campurkan dengan 1 sudu kecil madu asli,makan waktu pagi selepas mandi.

menu semasa berpantang

untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambillah 5 cm halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk semua sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. Selamat mencuba.

Kaki bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.

Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.

Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Mengempiskan perut

Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.

Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :

Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Tip untuk pastikan luka koyak cepat baik

Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.
Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.

Semasa kecing, cuba duduk secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.

Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.

Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.

Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.

Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan.

memperbayakkan susu selepas bersalin

Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

petua selepas bersalin

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

petua mudah bersalin

Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Suka (Gembira, Seronok, Bangga) Seorang Ibu

Di Antara saat suka, gembira dan seronok seorang ibu adalah ketika-ketika berikut:

1. Mengetahui diri telah mengandung, yang bererti tidak lama lagi kita akan menjadi seorang ibu, dan seterusnya begitu teruja untuk mengetahui dan mengalami perkembangan bayi dalam kandungan. `Mum to be' tentulah seronok `shopping' keperluan bayi seperti pakaian bayi, tempat tidur bayi dan lain-lain persiapan untuk menyambut kelahiran bayi.

2. Ketika bayi lahir tidak terkira rasa syukur dan gembiranya melihat bayi yang comel dan mongel, hilang rasa sakit yang dialami beberapa jam sebelumnya ketika bertarung nyawa dalam proses labor. Begitulah rahmat Allah kepada hambanya yang sabar menghadapi kesakitan semasa proses mengandung dan bersalin. Seterusnya ibu merasa seronok mengikuti perkembangan bayi dari satu peringkat ke satu peringkat, dari pada hanya tahu menangis ketika lapar atau sakit sehinggalah menjadi kana-kanak yang dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu mengikut sunnatullah, seperti meniarap, merangkak, duduk sendiri, pandai berjalan, memanjat, berlari, bercakap dan seterusnya bersedia untuk memulakan alam persekolahan.

di alam persekolahan anak-anak, ibu-ibu gembira, seronok, bangga dengan pencapaian dan kejayaan mereka di sekolah baik dalam bidang akademik maupun dalam bidang ko-kurikulum seperti sukan, permainan dan persatuan. Terdapat ibu-ibu yang begitu teruja sekali agar anak-anak mendapat pencapaian cemerlang, dihantar anak-anak ke kelas tution, ditambah lagi dengan latih tubi dari pelbagai buku latihan sehingga anak-anak tidak berkesempatan menikmati keriangan zaman kanak-kanak. Ibu-ibu seronok menceritakan hal kejayaan anak-anak kepada rakan-rakan, walau pun mereka mungkin tidak berminat nak tahu kerana ada ramai lagi anak-anak orang lain yang lebih berjaya. Saat kegembiraan ibu atas kejayaan anak berlaku pada beberapa, iaitu: berjaya dalam UPSR, dapat masuk ke sekolah berasrama penuh, berjaya cemerlang dalam PMR dan SPM, berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, lebih-lebih lagi di luar negara. Namun, saat yang paling menggembirakan dalam sejarah persekolahan anak adalah pada hari graduation apabila anak diistiharkan sebagai graduan dalam bidang tertentu dan berjaya mendapat segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian.

3. Setelah tamat dari alam persekolahan, anak bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. Ibu merasa sungguh gembira apabila diberi tahu oleh anaknya yang ia telah berjaya melepasi temuduga untuk jawatan tertentu di organisasi tertentu. Pada saat ini ibu terasa seolah-olah ringan tanggungan dan terlepas satu bebanan kerana anak sudah boleh menyara diri sendiri. Kalau selama ini ibu yang mengawal kehendak anak-anak, tidak bebas berbelanja dan perlu meminta-minta daripada ibu, kini dengan pendapatan sendiri dari hasil titik peluhnya sendiri, dia bebas memilih dan berbelanja untuk keperluan dirinya.

4. Berikutnya, Saat gembira seorang ibu adalah ketika diberitahu oleh anak yang dia telah ada pilihan pasangan dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Kemuncak kegembiraan ibu adalah pada hari perkahwinan anaknya. Sebelum itu tentunya ibu merasa seronok menyediakan segala persiapan bermula dari majlis pertunangan, diikuti dengan majlis pernikahan dan seterusnya majlis walimah sebagai peristiharan perkahwinan anaknya kepada saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan yang dikenali. Ibu bapa tidak loket mengeluarkan belanja untuk tujuan tersebut, tetapi tidaklah berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran. Yang pasti, majlis mestilah bersesuaian dengan kemampuan dan diadakan semeriah mungkin supaya anak tidak merasa diabaikan disaat mereka ingin menikmati kebahagiaan alam berumah tangga.

5. Setelah anak-anak berumah tangga, apa lagilah saat yang menggembirakan hati ibu kalau tidak dengan kelahiran cucu-cucunya. Alhamdulillah, ibu masih diberi kesempatan dan kekuatan oleh Allah merasai kebahgiaan dengan turut sama menjaga, mengawasi, dan mengikut perkembangan cucu-cucunya.


Perbanyakkan Bersyukur

Begitulah di antara saat suka, gembira dan bangga seorang ibu terhadap anak-anaknya di sepanjang kehidupannya. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah yang melimpahkan rahmatNya ke atas hambanya yang kerdil ini. Momen-momen tersebut menimbulkan rasa bahgia pada hati ibu, tidaklah membawa kepada rasa ria yang boleh menyebabkan seseorang ingkar (kufur) kepada rahmat Allah. Allah melarang kita dari kufur akan nikmatNya, sebaliknya menyuruh kita sentiasa bersyukur atas segala nikamt yang dikurniakan kepada kita.

Bersyukurlah dengan berdoa: "Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, pada hal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya)." (Surah Al-Araf, 7 : 43)

Allah berfirman yang maksudnya: `Oleh itu, ingatlah kamu kepada Ku (dengan mematuhi syariaat Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan jangan kamu kufur (akan nikmat Ku).' (Surah Al- Baqarah, 2 : 152 )

Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menyuruh kita bersyukur atas nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga itu.

Saat seorang ibu...

Dalam catatan terdahulu telah banyak saya ceritakan tentang saat yang menimbulkan kerisauan seorang ibu, dan ada di antaranya mungkin boleh membawa kepada rasa duka, sedih dan kecewa tetapi tidaklah begitu serius. Selain itu, terdapat saat lain yang boleh menyentuh hati seorang ibu sehingga membawa kepada rasa duka, sedih dan kecewa.
1. saat paling mendukacitakan, terasa ngilu hati, sedih dan kecewa seorang ibu adalah ketika dimarahi oleh anak-anaknya.

Semasa anak-anak kecil, si ibu selalu memarahi mereka dengan tujuan mendidik atau mengajar supaya: mereka berperangai baik, mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya, mendengar kata dan akur arahan ibu bapa. Mereka akan dimarah jika berkelakuan tidak senonoh, berperangai malas, leka dengan perkara-perkara lagha seperti menonton TV, bermain dan sebagainya. Ibu bapa biasanya menetapkan tugasan supaya anak-anak menyempurnakan kerja-kerja sekolah, rajin belajar dan mentelaah pelajaran, membuat latihan dan membaca buku-buku teks. Anak-anak juga dimarah jika malas membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah seperti membersih dan mengemaskan bilik tidur mereka sendiri, membersih bilik air, menyapu dan mengemob lantai, mencuci pinggan mangkuk, mencuci pakaian sendiri (sekurang-kurangnya pakaian dalam, kasut sekolah dan stokin), mensterika baju dan seumpamanya. Walaupun ada pembantu rumah, mereka perlulah juga dilatih dari sejak kecil membuat kerja-kerja rumah itu dalam situasi jika tiada pembantu rumah. Semuanya itu adalah sebagai latihan persediaan kepada mereka hidup berdikari apabila mereka meningkat dewasa nanti, supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain seperti pembantu rumah terutama jika ditakdirkan mereka berjauhan daripada ibu bapa.

Apabila mereka dah dewasa, dah `berjaya', dah bekerja, dah mendirikan rumah tangga, malah mungkin dah pun menjadi ibu/bapa, adakah wajar mereka memarahi si ibu tua itu kerana menegur tingkah laku mereka yang tidak menyenangkan mata dan hati si ibu, seperti melalaikan solat, kurang mentaati suruhan Allah, malas membantu kerja-kerja rumah, boros kepada benda-benda yang tak perlu, lebih berminat kepada hiburan, lebih mengutamakan rakan-rakan, alpa menunaikan tanggung jawab pada pasangan dan seumpamanya.

Tentulah si ibu merasa sedih apabila dimarahi oleh anak, seolah-olah kewujudannya tidak diperlukan lagi, nasihat dan tunjuk ajarnya sudah tidak diberguna, lebih-lebih lagi jika ibu dituduh cuba mencampuri urusan dan kehidupan mereka. Tambah mengecewakan apabila anak-anak dah boleh berhujjah dan bertelingkah dengan suara tinggi cuba mempertahankan rasional tingkah laku atau perbuatan mereka. Walaupun ibu dah semakin berumur, tapi masih lagi sihat, belum nyanyuk, masih rasional, masih berupaya bergerak dan masih belum mengharap belas ihsan mereka. Malah ibu masih bertenaga melakukan kerja rumah, memasak dan menghidangkan makanan seenaknya, berupaya membantu menjaga cucu-cucu jika diperlukan, mampu membantu dari segi kewangan sekadarnya.

2. saat lain yang mendukacitakan ibu adalah ketika anak-anak tidak cakna, prihatin, `caring' terhadap ibu bapa mereka. Semasa anak-anak kecil, si ibu amat `caring' terhadap mereka, nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap, cepat-cepat dibawa ke doktor jika sakit, disuap/beri cukup makan minum, dijaga dengan rapi dan teliti dan sebagainya. Apabila ibu bapa dah meningkat tua, ditambah pula dengan pelbagai masalah kesihatan, tentulah mereka pula yang memerlukan perhatian dan cakna anak-anak. Betapa sedih dan kecewanya si ibu ketika uzurnya, anak-anak tidak pun nak bertanya khabar dan jauh sekali untuk membawa ke doktor.

Seorang kawan menceritakan kepada saya bahawa ada seorang bapa meluahkan kesedihannya kerana anaknya lebih mengutamakan hal-hal lain atau pentingkan diri sendiri daripada membantu ibu bapanya yang sedang sakit. Pasangan warga emas ini tinggal berduaan di rumah mereka manakala anak-anak pula tinggal berasingan, tidaklah begitu jauh dari rumah mereka. Si ibu mengidap kanser, manakala si bapa pula masih boleh bergerak ke sana sini. Pada suatu hari ketika si bapa uzur, dia meminta anaknya membelikan makanan malam untuknya dan si ibu, tetapi jawapan anak amat mengecewakannya kerana katanya nak ke majlis `dinner' dan tak dapat hantar makanan kepada ibu bapanya. Di manakah letaknya rasa tanggung jawab anak terhadap ibu bapanya? Walhal tidaklah memberatkan sangat si anak itu jika ia melaksanakan tanggung jawabnya terhadap ibu bapanya dan kemudian menghadiri majlis berkenaan. Tidakkah mereka mengenang jasa ibu bapanya, ketika tiada pembantu rumah yang nak menjaga anak-anak mereka, maka ke rumah ibu bapa lah mereka `campakkan' anak mereka untuk dijaga jika hendak menghadiri apa-apa majlis/aktiviti pada waktu malam. Begitulah agaknya nasib warga emas yang uzur zaman kini, jika tidak dibantu oleh pembantu rumah Indon, mungkin tempatnya di mana-mana rumah warga tua (nursing home).

3. saat duka, sedih dan kecewa si ibu meliputi juga situasi dipinggirkan dari sesuatu keputusan yang mungkin secara tidak langsung melibatkan keluarga, seolah-olah kehadiran dan pandangan si ibu tidak diperlukan. Umpamanya, ibu bapa tidak diberi tahu mengenai program percutian anak-anak dan keluarga mereka, ke mana destinasi, di mana tempat menginap, bila masa/tempuhnya, dengan siapa bercuti (terutama bagi anak bujang), apa kenderaannya dan sebagainya, alih-alih tahu dah pun berangkat. Bagi anak bujang pula, keizinan ibu bapa sepatutnya diperolehi dahulu sebelum berpergian. Dalam tempuh pemergian si anak itu, si ibu sentiasa dalam kerisauan sehinggalah anak itu selamat balik ke rumah.

Seorang kawan menceritakan betapa sedih dan kecewanya dia apabila anak dan menantunya seolah-olah membelakangkannya dalam urusan penjagaan anak-anak mereka sepeninggalan mereka berangkat menunaikan fardhu haji. Anaknya ini bekerja di luar negara, dan balik ke rumahnya sehari sebelum berangkat ke Mekah. Si ibu mengharapkan si anak datang menemuinya dan memberi tahu mengenai hal-hal di rumah mereka terutama urusan anak-anak sepeninggalan ketiadaan mereka. Sebaliknya si anak dan menantunya pula yang meminta ibunya datang ke rumah mereka dengan alasan sibuk mengemas barang/pakaian yang nak di bawa ke Mekah. Begitulah sensitifnya perasaan seorang ibu, merasa kecewa jika tidak di `partner' kan dalam keputusan yang melibatkan keluarga.


Penawar Duka
Mungkin juga faktor usia yang mendorong ibu menjadi lebih sensitif terhadap perlakuan anak-anaknya kerana tidak dapat nak marah macam masa muda-muda dulu, banyak kena mendiamkan diri dan mengawal perasaan daripada banyak berkata-kata. Maka `kesabaran yang cantik/baik' adalah penawar bagi mengawal kemarahan atau rasa tidak senag hati ibu. Begitulah pendekatan Nabi Yaakub yang mengawal kemarahn terhadap anak-anaknya yang menganianya salah seorang anaknya iaitu Nabi Yusuf.

Seboleh-bolehnya si ibu menegur jugalah dengan cara baik dan berhikmah akan kesilapan anak-anak, terutama ketika sesi-sesi perjumpaan keluarga. Tetapi jika pendekatan ini tidak difahami oleh anak, maka kadang kala sengaja dilepaskan juga kata-kata melalui pihak ketiga supaya akhirnya sampai ke pengetahuan yang ampunya diri, maka ketika itulah meletup kemarahannya terhadap ibu. Situasi sebeginilah yang mendukacita dan mengecewakan si ibu, terasa seolah-olah anak tidak menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Barangkali itulah yang dimaksudkan dengan ayat bahawa anak itu sebagai ujian kepada kedua ibu bapa mereka, ujian kepada kesabaran mereka. Mungkin ada yang tidak kena pada didikan yang diberikan oleh si ibu selama ini, seperti terlalu memanjakan mereka, banyak mengikut kehendak mereka, tidak begitu tegas dan dibiarkan mengikut arus semasa. Walau bagaimanapun, si ibu sentiasa memaafkan kesilapan anak-anaknya dan berterusan mendoakan untuk kesejahteraan dan keselamatan anak-anak, semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan memberi petunjuk kepada mereka ke arah kebaikan. Di samping itu, juga mendoakan untuk diri sendiri agar Allah memudahkan segala urusan baik ketika sehat maupun ketika uzur dan tidak menyusahkan orang lain, hanya kepada Allah kita bertawakkal.

Peringatan Kepada Anak-Anak

Catatan ini untuk memperingatkan anak-anak supaya tidak mendurhakai ibu bapa dan tidak mengeclkan hati mereka, sebaliknya berkhidmatlah dengan membuat ihsan dan kebajikan kepada mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam al Quran. Ayat-ayat berikut menjelas perintah Allah mengenai kewajipan anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka:

1. Surah An-Nisa (4) : 36 `.. .. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua (ibu bapa), kerabat terdekat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki.'

2. Surah Al-Isra' (17) : 23 `Dan Tuhan mu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorangnya di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan lah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.'

3. Surah Al-Ankabut (29) : 8 `Dan Kami wajibkan kepada manusia agar berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya. ....'

4. Surah Luqman (31) : 14 `Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada Aku kembali mu.'

5. Surah Al-Ahqaf (46) : 15 `Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyusukannya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau limpahkan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucu ku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya, aku termasuk orang muslim."

(Sila rujuk surah berkenaan untuk bacaan doa dalam bahasa al Quran. Amalkanlah doa ini untuk memperolehi kebaikan, kesejahteran dan limpah kurnia Allah kepada diri sendiri, kedua ibu bapa dan zuriat kita)

Amatlah rugi dan menjadi kehinaan kepada orang yang tidak berbakti kepada kedua ibu bapa mereka ketika masih ada kesempatan. Ini dijelaskan dalam maksud hadith Rasulullah berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda yang maksudnya: `Melekat pada tanahlah hidungnya, melekat pada tanahlah hidungnya, sekali lagi melekat pada tanahlah hidungnya - maksudnya memperolehi kehinaan besarlah - orang yang sempat menemui kedua orang tuanya di kala usia tua, baik salah satu atau keduanya, tetapi orang itu tidak dapat masuk syurga sebab tidak berbakti kepada orang tuanya.' (HR : Muslim)

Dalam hadith lain yang bersumber dari Abu Hurairah, katanya "Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah orang yang paling berhak untuk saya persahabati dengan sebaik-baiknya - yakni siapakah yang lebih utama untuk dihubungi secara sebaik-baiknya/". Nabi menjawab: "Ibumu." Ia bertanya lagi: "Lalu siapakah?" Nabi menjawab: "Ibumu". Orang itu sekali lagi bertanya : "Kemudian siapakah?" Nabi menjawab: "Ibumu." Orang itu bertanya pula: "Kemudian siapa lagi?" Nabi menjawab : "Ayahmu". (Muttafaq 'alaih

petua selepas bersalin

Di antara pantang larang daqn petua-petua menjaga badan dan kesihatan selepas bersalin diperturunkan di bawah.

1. Kawal pergerakan

* Ibu-ibu lepas bersalin dikehendaki mengawal pergerakan, tidak terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan, tidak gopoh gapah kerana ditakuti tumpah darah.

* Ibu-ibu dikehendaki sentiasa menjaga kaki, memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan, membawa sakit hingga ke kepala dan meroyan serta lambat pulih kesihatan.

* Ibu-ibu hendaklah duduk secara merapatkan peha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan vagina kembali kepada asal (barangkali kerana orang dulu-dulu bersalin di rumah dan mengharapkan luka baik sendiri tanpa sebarang jahitan)

Saya perhatikan pantang larang di atas sukar dipatuhi oleh ibu-ibu muda sekarang, mereka tidak mengawal pergerakan, tidak suka pakai stoking dengan alasan panas, cara duduk pun tidak dijaga/dikawal, malah ikut rasa selesa, mungkin kerana yakin dengan `treatment' yang diberikan oleh doktor-doktor pakar.

2. Jaga pemakanan

* minum air perahan kunyit hidup (mungkin untuk melancarkan perjalanan darah) setiap pagi selama beberapa hari (antara 3-7 hari) selepas bersalin.

* untuk cepat sembuh luka vagina, makan sup ikan haruan dengan banyakkan halia muda dan lada hitam.

* jangan atau kurangkan makan makanan bersantan dan berkanji seperti kuah kari dan pulut (mungkin kerana angin perut dan menambahkan kolestrol dalam badan, serta melambatkan proses menurunkan berat badan untuk kembali kepada bentuk asal)

* jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin perut (seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, terung, nangka muda, jantung pisang) dan buah-buahan yang bersifat masam (asidic) dan sejuk (seperti mempelam, limau dan lain-lain)

Saya masih ingat semasa ibu saya dalam pantang, dia tidak makan lauk berkuah, sebaliknya makan nasi panas dengan ikan bakar (yang disapu sedikit garam dan kunyit) serta ditaburkan serbuk lada hitam. Ibu saya juga makan 2 biji telur ayam kampung yang jadi masak apabila dibancuhkan bersama madu lebah asli. Badan sentiasa berpeluh kerana panas madu lebah dan lada hitam, muka kemerah-merahan (tidak pucat lesi)dan cepat pulih kesihatan.

3. Mandi Air Serung / Rebusan Herbal

* mandi setiap pagi dengan air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kadok, pandan, serai wangi, kunyit, jambu batu, dan lain-lain serta dimasukkan juga asam keping, kulit kayu manis dan cengkih.

* atau lebih mudah sekarang ini boleh juga menggunakan bungkusan herba yang disediakan khas untuk direbus sebagai air mandian.

4. Berurut

* Selepas beberapa hari bersalin dan luka pada vagina dah sembuh, bolehlah diurut seluruh badan, antara 3 - 7 hari, kira-kira 1 jam setiap hari. Sebaik-baiknya berurut hendaklah pada waktu pagi, suasana masih segar dan sejuk.

* Tumpuan berurut juga kepada bahagian perut, untuk menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

* Bolehlah diulang berurut mengikut keperluan, terutama jika ada rasa letih dan tegang urat saraf selepas menyusukan bayi. Boleh juga diulang berurut pada hari-hari ke 40 hingga 44, iaitu sebelum selesai berpantang, terutama untuk tujuan menaikkan (menyekak) peranakan.

5. Bertungku / bergagang

* Selepas berurut diikuti pula dengan bertungku, terutama di bahagian perut dan peranakan, untuk cepat kecutkan peranakan dan sekaligus mengempiskan perut ibu kembali kepada bentuk asal.

* Ada juga di antara ibu-ibu yang mengamalkan bergagang, iaitu dengan menjiruskan air ke atas tungku panas, kemudiaan selinkupkan kain sarung dan berkangkang di atasnya supaya wap panas dapat memanaskan vagina dan mengucutkan peranakan. Boleh juga menggunakan peralatan mandi wap seperti yang disediakn di pusat rawatan kecantikan/spa.

6. Berbengkung / barut perut

* Membarut perut/berbenkung dengan olehan campuran kapur sirih dan limau nipis selama antara 3 hingga 7 hari pertama selepas bersalin. Campuran ini cepat mengecutkan peranakan dan mengmpiskan perut. Ada ibu-ibu yang menggunakan ragi untuk tujuan ini.

* Selepas berurut, bertungku dan bergagang, maka perut bolehlah di barut dengan olehan bancuhan herba rawatan bersalin. Ini banyak dijual dalam pasaran dengan berbagai jenama.

7. Bersalai / Berdiang

* bersalai/berdiang bermaksud tidur di atas salain atau katil yang diletakkan bara api di bawahnya. Katil biasanya ditinggikan supaya tidak terlalu dekat dengan bara api.

* bersalai/berdiang biasanya dibuat pada waktu pagi ketika cuaca sejuk dengan tujuan untuk memanaskan badan dan mengeluarkan peluh, cepat mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut. Bila bersalai, ibu-ibu akan merasa haus dan banyak minum air, dengan itu dapat dikeluarkan toksin dari badan dan ibu-ibu akan cepat merasa sihat.

* bersalai/berdiang sekarang ini bolehlah dibuat di atas tilam b-ion, iaitu tilam yang ada batu-batu jade dan dipanaskan dengan kuasa letrik.

8. Menyapu pilis

* menyapu pilis pada dahi, untuk menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata, serta mengelakkan dari sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

* pilis biasanya boleh didapti bersama pakej herba/jamu bersalin. Pilis juga boleh dibuat sendiri, iaitu dengan memarut halus jambu batu muda dicampurkan dengan bedak sejuk dan air mawar.

9. Memakan Jamu bersalin / Minum Air Rebusan Akar Kayu (Ubat Periuk)

* Ibu-ibu dahulu biasanya mengamalkan meminum air rebusan akar kayu (ubat periuk) yang disediakan oleh bidan/bomoh kampung.

* Ibu-ibu sekarang boleh memilih banyak alternatif Jamu Bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan.

10. Memanjangkan tempuh berpantang

* Orang-tua dahulu biasanya melanjutkan tempuh berpantang kepada ibu-ibu lepas bersalin sehingga ke seratus hari, terutama untuk tujuan kembali mengadakan hubungan sex dengan suami, supaya dapat memastikan badan benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi membolehkan merancang keluarga dan mengambil precaution kehamilan.

Semoga ibu-ibu muda atau bakal-bakal ibu dapat mempelajari sesuatu daripada petua-petua yang dicatatkan ini. Rasa-rasanya ini sajalah yang dapat saya perturunkan, mungkin ada yang dah lupa, sebab berpantang saya yang terakhir adalah 19 tahun yang lalu.

kempiskan perut selepas bersalin

untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;

1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.

2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.

3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.

4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.

Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.

teh kempiskan perut

1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

merangsang kepintaran bayi

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. La ma-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.
3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.
Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.
Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil me namakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.
6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).
Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.
10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.
11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Ibu nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.
12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.
13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.
14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.
17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah kemana dia membawa anda.

Pucuk Gajus untuk Awek muda??

Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:


1. Makan begitu saja

- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.


2. Minum air rebusan

- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Wahh, banyak gak khasiat pucuk gajus ni, kan?

amalan untuk jadi awek muda

Wajah seseorang yang sentiasa awet muda pasti ada rahsia di sebaliknya. Pernah tak anda tanya kat mereka? Selalunya individu tersebut akan mengatakan "Takde apa-apa rahsia. Hanya amalan biasa je."


Amalan biasa yang dimaksudkan tu biasanya ialah menjaga pemakanan seperti memakan ulam-ulaman atau minum jus tomato, bersenam secara teratur dan sentiasa memelihara air sembahyang. Saya juga pernah berkongsi beberapa petua awet muda di SINI.


Namun, ada satu lagi petua yang ingin saya kongsikan. Khasnya buat anda yang beragama Islam.

Sebelum itu, anda perlulah mengamalkan amalan ini dengan ikhlas yer.

Iaitu setiap kali selepas solat Subuh, anda bacalah Surah Yusuff. Sejurus selesai membacanya, anda minum air suam sebanyak 3 teguk.

Kalau boleh, amalkan setiap hari mudah-mudahan wajah anda kelihatan lebih muda dan berseri-seri secara semulajadi.

awek muda..cam ner?

nilah petua tradisional yang menjadi amalan harian kebanyakan daripada mereka;

1. Minum segelas air masak ketika bangun pagi. Jika anda beragama Islam, lebih afdal berselawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali dulu sebelum minum.

2. Banyakkan memakan ulam-ulaman dan buah-buahan.

3. Jangan meninggalkan solat fardu 5 waktu dalam sehari.

4. Berbuat baik dan ramah-tamah sesama jiran tetangga dan juga terhadap rakan taulan.

5. Jauhi sifat iri hati dan penyakit hasad dengki (phd).

6. Senyum selalu. Jangan terlebih senyum udah ler. Nanti orang pikir lain plak. hehehe...

7. Makan sebelum terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.

temu mangga kecutkan rahim selepas bersalin

1. Ambil beberapa ulas ubi temu mangga.

2. Kemudian, ambil sedikit air bersih dan kisarkan bersama dengan ubi tadi sampai lumat.

3. Setelah betul-betul lumat, tapiskan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam gelas.

4. Di sini, anda hanya perlukan air atau jusnya saja.

5. Minumlah jus tadi secara perlahan-lahan. Sekiranya anda tak tahan pedas, boleh tambahkan dengan sedikit madu ya.


Sebelum terlupa, amalan meminum jus di atas setiap hari turut berfungsi menyembuhkan demam serta boleh mengurangkan panas badan.

Badan langsing

Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil

Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan.
Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbuk
bersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. Insya
Allah ia amat berkesan.

Memudahkan Bersalin

Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.

Air susu berlebihan

Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.

menghapuskan urat timbut selepas bersalin

Petua 1
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

Petua 2
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Petua 3
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.

Petua 4
belah beberapa bawang putih,lalu di tekan pada urat yang timbul.amalkan selalu

mengecutkan rahim selepas bersalin

Petua 1
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.

Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.

Menaikkan seri wajah selepas bersalin

Petua 1
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembalimenaikkan seri wajah, amalkan petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus).Kemudian ambil sebuku kunyit hidup,kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikanbedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap haridan kemudian sapukan bedak sejukitu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leherdan biarkan ia kering sendiri.Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkankembali seri wajah anda.

Petua 2
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Petua 3
Rebus beberapa tangkai daun inai,minum airnya 3x seminggu,seeloknya pagi dan malam.

menghilangkan loya ibu hamil

Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang

Petua mendapatkan anak lelaki

Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki
hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke
sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh)

Dapatkan anak berkulit putih dan bersih

Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Thursday, January 20, 2011

Petua mendapatkan anak

Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.

Petua 2
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang

Untuk perawan..

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau airpaip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dansayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baikuntuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda

mengharumkan air mani

Adakala air mani perempuan berbau maung dan memeningkan kepala. Untuk mengharumkan air mani, perah limau kapas di dalam gelas. Masukkan gula batu dan bancuh dengan air hangat. Amalkan minum selama 3 pagi berturut- turut atau bila-bila masa sahaja

seksologi Wanita

1. Elakkan terlalu kerap memakan sayur-sayuran yang sejuk sifatnya seperti timun dan kangkung.

2. Jangan kerap makan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang, betik dan semangka. Amalkan minum air lobak merah dan madu lebah.

3. Jangan lakukan persetubuhan ketika sedang haid.

4. Jangan buang air kecil dan air besar serentak ketika dalam tandas.

5. Jangan kencing dalam air. Selain melemahkan kemantapan faraj, ia jua menyebabkan cepat putus haid.

6. Jangan lupa membersihkan alat kelamin selepas melakukan persetubuhan. Selain mendatangkan kelemahan, anda juga mungkin dihinggapi penyakit

Kuatkan tenaga batin

Ambil 2 biji telur ayam kampung, satu sudu besar air kunyit, satu sudu besar madu lebah asli, setengah sudu air limau nipis. Campur ramuan tersebut dan kacau sehingga sebati. Minum 2 kali seminggu

Memulih dan sempitkan faraj

Petua 1
Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Petua 2
2 biji kulit pisang muda
3 helai daun sireh bertemu urat
1 biji kulit pinang,
Gambir sebanyak 3 keping
Sedikit kapur sireh.
Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.

Petua 3
Untuk mengetatkan faraj rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak

senaman istimewa wanita

Senaman Tupai
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. CaranyaDuduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

Senaman Kiambang
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikankedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan- lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

Senaman klasik kemutan faraj
1.Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kak dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. 2.Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Proses Pengemutan
1.Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut
2.Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak. Kemut seperti menahan air kencing.
Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya.

kemutan faraj

Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Untuk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dgn menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Utk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu.

sayang suami

Bagi wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun tidur sebelum suami terjaga kerana petua ini tidak mujarab jika suami sudah terjaga. Rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Kemudian baru kejutkan suami untuk mengetahui hasilnya.

kembali gadis

Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

membangkaitkan shahwat suami

Isteri boleh membantu suami yg lemah syahwat bagi membangkitkan keghairahan suamimelaksanakan nafkah batin. Cara-caranya ialah

1.Sentuh dgn lembut seluruh badan suami tanpa disentuh zakarnya. Sapa dadanya, sentuh puting suami dgn hujung jari, bawa jari itu merayap ke bawah hinggalah bermain di kemaluannya. Sentuh paha dan kakinya, sentuh bahagian dalam paha dengan lembut hingga bahagian kemaluannya. Jika zakarnya belum cukup menegang, cuba langkah ke-2.

2.Ubah cara. Belai kemaluannya dan buah zakarnya, lalu bermain di situ dgn lama.

3.Sentuh perlahan-lahan cuping telinganya berkali-kali. Telinga amat sensitif pada sentuhanbagi setengah lelaki kerana sarafnya berhubung terus dgn kemaluan.

4.Buat seperti bulatan di bahagian ketiak, gunakan hujung jari, kecilkan bulatan hingga menjadi garisan bila mendekati bawah ketiak, kemudian balik semula ke putingnya.

5.Sentuh puting dgn hujung jari, gentel dgn menggunakan hujung jari dan jari tengah.

6.Sentuh bahagian perut dgn perlahan-lahan. Gosok perut suami dgn menggunakan tapak tangan.

7.Teruskan sentuhan ke bahagian kemaluannya. Kemudian uli dgn perlahan-lahan.

8.Sentuh bahagian dalam peha suami dgn hujung jari. Garis-gariskan dgn hujung kuku.

9.Pegang buah zakar. Ramas perlahan-lahan dan dgn cara yg lembut agar jgn sampai menyakiti.

10.Sentuh kepala zakar dgn hujung jari. Pusing-pusingkan pergerakan jari dari kepala zakar hingga ke batang dan balik semula ke kepala zakar.

11.Gosok bawah kepala zakar dgn perlahan-lahan  menggunakan hujung jari.

12.Genggam batang zakar dgn tangan, gosok ke atas dan ke bawah dgn lembut dan perlahan.

13.Ajak suami utk bersenggama dgn pujuk rayu menggunakan suara yg manja dan menawan.

Tahan Lama berjimak

Sediakan 1 inci halia, diparut dan ambil airnya. I biji telur ayam kampung digoncang-goncangkannya. 1 biji limau nipis yang besar, perah dan ambil airnya. 1 sudu besar kicap. 1 sudu besar madu asli dan 7 biji lada sulah yang telah dihancurkan. Kesemua ramuan tersebut dihancurkan menjadi satu dan dikacau sehingga sebati. Kemudian minumlah sebelum tidur malam (terutama sebelum berjimak). Ulangi 2 kali seminggu, anda mampu berjimak di dalam masa yang lama menggunakan ramuan ini.

mengembalikan kesempurnaan suami isteri

Ambil hempedu kambing dan madu, lalu kedua-duanya dicampurkan. Minumlah air ini selama 3 pagi berturut-turut sebelum hendak bersarapan pagi. Lakukan sedemikian sekali sebulan atau setahun sekali. Petua ini menyebabkan suami berasakan isterinya amat sempurna dalam hubungan kamar.

Senggugut lama

Amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Ambil 7 biji limau nipis dan dicampur segenggam beras lalu diembun selama satu malam. Minumlah air tersebut pada waktu pagi sebelum bersarapan

merawat senggugut

Petua 1
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat.Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukandengan selawat.Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasakedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus.Campurkan dengan secawan air suam dan minum.Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid.Insyaallah, mujarab.

Petua 5
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuklada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapisaya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula

Elakkan Alat sulit berbau

Petua 1
Ambil dua helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah, bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.

Petua 2
Ini ada petua Jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa. Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampur setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campur garam dan gula aren (batu)secukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut2.

memulihkan faraj yang lebam

Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.

menghilangkan kegatalan pada faraj

Petua 1
Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

Petua 2
Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.

Masalah keputihan

Petua 1
Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus bersama air sebanyak 1 litre sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campurkan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.

Petua 2
Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.

Petua 3
Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang

Petua 4
Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang. Petua 5 Rebus
10 biji manjakani
10 biji buah keras
10 helai daun sireh
2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah.

(Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil)

Merapatkan peranakan

Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan.

Kurangkan air pada Faraj

Petua 1
Tumbuk hingga haluspucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Petua 2
Rebus akar serapat dan akar kacip fatimah dan minum airnya. Ramuan ini dapat mengurangkan air pada faraj dan mengetatkan faraj.

Petua 3
Rebus biji manjakani dengan beberapa helai sireh dalam periuk. Apabila menggelegak, wapkan faraj anda dengan wap rebusan tersebut. Air rebusan yang telah sejuk boleh digunakan sebagai pencuci faraj.

pulihkan puting dari retak

Ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak.

memerahkan puting yang lebam

Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

Mencantikan payudara

Petua 1
Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. BAsahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih.

Petua 2
Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Sapukan disekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas

menegangkan payudara

1)Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

2)Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

3)Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

4)Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.

meningkatkan penghadaman

1.Makan dalam keadaan tenang.
2.Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu buru atau gelojoh.
3.Kunyah makanan sehingga benar benar lumat, barulah ditelan.
4.Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.
5.Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika adalam waktu makan yang sebenarnya.Jika
perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
6.Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihazamkan atau tidak perlukan penghazaman seperti bubur, madu, glukos, yogut dan lain lain.
7.Kurangkan makanan yang lambat hadam.

melunakkan suara

Petua 1
sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

Petua 2
Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu

melembut dan melicinkan kulit

Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan
seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke
atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

mengharumkan badan

Petua 1
Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusdaun pandan untuk dujadikan sebagai mandian. Campurkan dengan airbiasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.

Petua 2
Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yg telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

Wednesday, January 19, 2011

kekal langsing

A) Cara yang pertama :
1.Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2.Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3.Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4.Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak(makan berat).

.B)Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundangpenyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".

C) Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah

kembali perawan

Ramuan terdiri drp 12 biji pinang muda sebesar ibu jari (boleh dibeli dari kedai India) dan gambir Sarawak sebesar kuku telunjuk (boleh dibeli dari kedai ubat cina dan penjual ubat kaki lima).

Pinang muda ini dibelah dua. Pastikan isinya masih lembut dan bergetah. Tumbuk isi pinang muda ini dan kemudian diperah bagi mendapatkan air pekat bergetah berwarna kemerahan.

Campurkan dengan gambir Sarawak yang telah dihancurkan terlebih dahulu. Kacau rata2 dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga terbentuk cecair pekat seperti gam (tak begitu kuat melekat apabila disentuh). Celupkan ramuan ini dgn cotton bud atau kapas yang digulung.

Perlahan2 masukkan ke dalam lubang faraj yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Lakukan sorong tarik dengan berhati-hati sebanyak 3-4 kali. Peringkat awal, mungkin rasa pedih sedikit. Jgn membasuh faraj atau buang air selama 3 jam setelah melakukan rawatan ini atau anda terpaksa mengulangnya sekali lagi. Seeloknya dilakukan rawatan petua ini pada sebelah malam atau selepas subuh. Jangan lakukan ketika sedang haid.

Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rawatan ini selama 44 hari. Jika anda melakukan rawatan petua ini dengan betul, lubang faraj anda seakan diselaputi kulit nipis seperti selaput. Jika bergesel zakar, anda akan berasa faraj anda begitu ketat dan pedih.

Ini adalah kerana air pinang muda dan gambir sarawak akan mula bertindak mengetatkan permukaan dalam dan luar faraj apabila air mazi mengalir dari faraj. Apabila air ini bergabung dan menitis ke kain cadar, seperti ada tanda titisan darah bayu (jernih).

petua ketatkan faraj2

1. Manjakani

a. Rabus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.

b. Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih. bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.

c. Rabus buah manjakani. Air rebusannya diminum. bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.

2. Latihan Kemutan Faraj.

Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi. Caranya dengan kemut faraj anda seolah-olah anda sedang menahan kencing selama 7 saat. Lakukan selama 20 kali setiap hari.

3. Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda

Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat. Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat. campur kedua-dua jenis air ini. Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini. Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj. Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat

petua ketatkan faraj

petua 1
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

Petua 2

Rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

petua kurangkan lapar dan dahaga d bulan puasa

Caranya ialah anda mesti bersahur. Semasa bersahur, gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas setiap kali anda memakan setiap gumpalan nasi tersebut. Makan seketul demi seketul. Setelah selesai memakan gumpalan 3 ketul nasi tadi barulah anda makan seperti biasa. Selepas itu, makanlah buah kurma sebanyak 7 biji. Bacalah selawat setiap kali anda memakan kurma tersebut. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

Surah Al-Ikhlas adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

petua anak bijak

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

petua tegangkan payudara

1. Anda perlukan minyak vitamin E, sesudu yogurt dan sebiji telur ayam.

Sekarang, Dah ada ketiga-tiga bahan diatas, kan?

2. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga rata.

3. Sapu dan urutkannya pada payudara anda.

4. Kemudian, anda pakailah baju dalam (bra) kira-kira selama 20 minit.

5. Setelah itu, basuh basuh dan bilas payudara anda dengan air bersih.

Amalkan petua ini selalu bagi mendapatkan buah dada yang tegang ataupun untuk menegangkannya kembali. Ini kerana dengan mengamalkan cara di atas, kulit di sekeliling buah dada anda akan tegang dan padat.

Mencantikan kulit muka

1. Sapukan muka anda dengan telur merah atau putih dan biarkan kering.
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis.
3. Basuh sekali lagi. Kemudian lapkan dengan tuala bersih.

Lakukan sekali sehari. Kulit muka anda tidak akan ditumbuhi jerawat, malah akan menegangkan kulit muka yang kendur.

Rawatan wajah di rumah

Bahan:
1. Pembersih wajah
2.Krim untuk pengelupasan (scrub)
3. Air Suam
4. Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
5. Pelembap

CARANYA:
1. Bersihkan Muka
Ia bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah anda. Untuk kulit berminyak, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. Pengelupasan
Gunakan jari tangan dan sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Apabila selesai, basuh muka anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan
Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Dedahkan muka anda pada wap air panas berkenaan. Anda boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk. Tekan lembut-lembut pada muka anda sebanyak 4 hingga 5 kali.

4. Sapukan Pupur
Jika anda mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. Untuk kulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 15 hingga 25 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, anda bolehlah bersihkan muka anda dengan air biasa.

5. Pelembap
Pupuk krim pelembap pada muka anda. Jangan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit muka mengelupas.

Nak jaga Rambut Panjang

1. Gunakan Jari Anda
Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika anda ubah taktik ini mulai sekarang dengan menggunakan jari anda, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut anda serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Anda Selalu
a. Ada sesetengah wanita khuatir jika mereka menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, rambut anda akan bertambah sihat. Bagi anda yang berambut panjang, anda dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.
b. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan akan mengakibatkan rambut mudah gugur.

3. Jangan Lupa Sikat Rambut
Menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut anda perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan Rambut
Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa anda mengeringkan rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik
Pastikan syampu anda mempunyai perapi yang dapat membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan-lahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka dengan Keadaan Sekeliling
Lindungilah rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Anggun..jelita?

PILIHAN 1:
a) Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, dan sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang anda mampu.
b) Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (biarkan ia pekat seperti tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.
c) Ambil air kelapa muda 1/2 gelas dan kacau dengan 1 biji telur ayam kampong. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 – 6 kali seminggu.

PILIHAN 2:
Masalah kulit kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia. Antaranya, sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidak cukup tidur, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, amalkan petua ini:
a) Ambil 10 liter air dan campurkan dengan 500 gram daun teh. Campurkan dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan ia mndidih sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama 3 malam berturut-turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher anda. Amalkannya setiap pagi.
b) Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus. Campurkan segelas air. Ramuan hendaklah dibahagi dua untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.
c) Ambil daun katuk atau cekur manis 10 lebar dan dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah anda dan biarkan 10 minit. Selepas itu bilas bersih. Amalkannya setiap malam.
d) Campurkan 1 biji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapukan pada wajah anda. Biarkan ia kering dan bilas bersih.
e) Ambil 2 biji pisang embun dan lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka anda. Apabila sudah kering, bilas bersih.
f) Ambil kulit dari 2 biji pisang dan dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit muka anda jenis kering, kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit muka jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit. Biarkan ia kering dan bilas.

petua melicinkan kulit muka

Pilihan 1:
Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 2:
Campurkan 1 sudu besar madu lebah dengan 1 sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkannya 2 kali seminggu.

Pilihan 3:
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.

Pilihan 4:
Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan bersih.

Pilihan 5:
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka anda. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6:
Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkannya selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Pilihan 7:
Setiap kali anda mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Pilihan 8:
Ambil 1 biji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkannya 2 atau 3 kali seminggu.

Menambah Seri wajah

Pilihan 1:
Giling hingga lumat 7 mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan anda secara perlahan-lahan hingga daki keluar.

Pilihan 2:
Goreng 1 cawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.

Pilihan 3:
Basuh dan tumbuk hingga lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau dan gaul sampai rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda sebelum dibilas dengan air bersih.

Pilihan 4:
Goreng 1 cawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan 1 sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata anda.

Pilihan 5:
Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda perlu. Air rebusan tersebut dicampurkan 1sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 6:
Bersihkan 1 buku ibu kunyit dan buang kulitnya. Kemudian bakar sehingga layu dan tumbuk halus. Campur dengan 1/4 cawan air dan tapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.

Pilihan 7:
Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan selama 15 – 30 minit. Kemudian bilas. Amalkannya sebelum tidur.

Pilihan 8:
Rendam kacang soya, kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.

Pilihan 9:
Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat 3 kali sebelum mandi pagi. Kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

Pilihan 10:
Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan yang sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat 3 kali. Amalkannya 3 malam berturut-turut dan anda boleh lihat perbezaannya.

Pilihan 11:
Ambil buah tomato dan timun dan potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian cuci muka anda dengan air sejuk.

Pilihan 12:
Bancuh 2 sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka anda kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur. Bilas pada pagi esoknya. Amalkannya setiap malam selama 2 minggu berturut-turut.

kuruskan badan,cam ner????

Panduan:
Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.
Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula atau garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
Jangan makan “frozen food” (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.
Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat. Kafein melambatkan pembakaran lemak

Petua:
Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.
Anda boleh makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi jangan makan nasi atau roti.

Anda mesti bersenam sekurang-kurang 30 minit sehari.
Kategori Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

mandian akar kayu

Faedahnya:
1. Membuang bau hanyir
2. Mengembalikan kecergasan badan
3. Mencantumkan urat putus

Kaedah:
a. Air mandi ibu dalam pantang seharusnya hangat atau suam untuk memanaskan badan.
b. Jika tiada pancuran air panas di rumah, minta bantuan orang lain untuk menyediakannya.
c. Semasa mandi mulakan siraman air di bahagian kaki dahulu dan dibawa naik ke atas sehingga ke kepala dan rambut.
d. Seminggu selepas bersalin, seeloknya ibu mandi dengan air mandian yang dicampur rebusan herba seperti daun lengkuas, daun pandan wangi dan daun jerangau untuk menyegarkan badan serta menghilangkan bau hamis darah nifas. Herba ini tidak perlukan sukatan yang khusus.

khasiat kunyit

a. Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

b. Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut.

c. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu pada tubuh akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan.

d. Kunyit juga boleh membantu masalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.

e. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

f. Kunyit amat sesuai ditanam di sekeliling rumah dan jika anda rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Melancarkan Perjalanan Darah
1. Kunyit mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

2. Parut 2 ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Diabetis???

Antara petua tradional yang diamalkan...Cara pengubatan adalah dengan menggunakan pokok periuk kera. Rebus seluruh pokok periuk kera ikut sukatan yang berikut: Sepokok periuk kera ini digunakan untuk mendapatkan secawan air rebusan. Rebus pokok periuk kera dengan 3 kali ganda air dari jumlah yang diperlukan. Air rebusan ini boleh diminum bila-bila masa seperti minum air teh atau kopi. Amalkannya setiap hari.

Jom Bersenam

1. Bangun dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas sedalam-dalamnya. Rasai nikmat anugerah Tuhan di sekeliling anda. Jalanlah di persekitaran rumah anda untuk menikmati udara pagi dengan penuh ketenangan. Di samping itu anda boleh melakukan sedikit aktiviti regangan.

2. Kereta anda kotor? Jangan terus membawanya ke kedai, bersihkan sendiri kereta anda. Ini bukan sahaja menyihatkan badan malah mampu menjimatkan wang.

3. Jika anda tinggal di kondominium atau pangsapuri, sudah tentunya anda menggunakan lif untuk sampai ke rumah anda. Apa kata anda mengubah situasi ini. Gunakan tangga. Anda tidak semestinya naik menggunakan tangga sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif separuh perjalanan sahaja. Ini merupakan senaman yang baik untuk jantung, membakar kalori dan membina otot.

4. Letakkan kereta di tempat agak jauh daripada tempat yang ingin ditujui. Ini akan menyebabkan anda berjalan untuk sampai ke destinasi tersebut. Dengan cara ini, anda telah melakukan sedikit senaman.

5. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja anda ketika waktu makan tengah hari atau masa rehat. Ini akan membantu bakar kalori berbanding jika anda duduk menikmati snek semata-mata.

6. Ketika berada di rumah, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda atau pun binatang peliharaan anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengeluarkan peluh.

7. Sebelum dan selepas maka, dukunglah bayi anda, jangan guna “stroller”. Ini bukan sahaja dapat membantu membakar kalori anda, malah ia juga akan merapatkan kasih sayang anda dengannya.

8. Anda juga boleh melakukan aktiviti berkebun di rumah anda. Tanamlah pokok bunga yang anda sukai. Ataupun, anda boleh juga menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan. Anda bukan sahaja dapat memakan hasil tersebut, malah anda juga akan menjadi semakin sihat

9. Berbasikal jika ingin pergi ke rumah rakan anda (untuk kawasan yang berhampiran rumah anda). Anda bukan sahaja dapat menikmati udara segar di sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh. Lakukan aktiviti ini pada waktu petang. Tentu menarik, bukan?

10.Semasa menonton tv, anda tidak semestinya terpaku di kaca tv sahaja sambil menikmati makanan ringan. Harus diingat, makanan ringan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit. Sebaliknya, anda boleh melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci lantai atau mencuci perabut di rumah anda.

11.Amalan membersih tingkap, permaidani, ruang tamu dan sebagainya juga membantu membakar kalori anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap hari.

12.Anda juga boleh memasak sendiri di rumah. Untuk mengadun doh roti misalnya, lakukan sendiri dengan menggunakan tangan, jangan menggunakan alat pengadun. Anda bukan sahaja menyediakan makanan yang bersih dan sihat untuk keluarga anda, malah rasa makanan tentunya lebih mengikut citarasa dan selera anda. Tentunya anda akan berpuas hati apabila mendapat pujian daripada ahli keluarga kelak.

13.Rancang aktiviti hari minggu anda bersama keluarga. Tidak semestinya pergi ke pantai atau keluar berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh lakukan sesuatu di rumah misalnya membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga anda. Tentunya amat seronok bersama-sama melakukan aktiviti ini, di samping itu tekankan pentingnya menjaga kebersihan kepada anak-anak. Ini sudah pasti akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga anda.

14.Jika anda memiliki alat senaman di rumah, jangan berlengah lagi. Anda boleh membaca bacaan ringan di samping melakukan senaman dengan menggunakan alat senaman ini. In tentunya menjadikan anda lebih tenang.

Gaya Rambut dan bentuk badan

Petua Untuk Wanita Tubuh Kurus
Gaya potongan rambut dapat memperlihatkan wajah anda kelihatan berisi. Untuk tampil bergaya dan menarik, rambut paras bahu, berombak dan dipotong “layer” sesuai untuk wanita yang bertubuh kurus. Pun begitu, anda perlu elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Manakala, rambut pendek pula akan membuatkan anda kelihatan maskulin.

Petua Untuk Wanita Tubuh Berisi
Jika rambut anda yang tidak terlalu panjang (yakni melepasi bahu anda) dengan “layer” pada sisi kiri dan sisi kanan rambut, ia akan membuatkan anda kelihatan kecil. Oleh itu, elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting atau bergelombang kerana ia akan membuatkan tubuh anda kelihatan besar.

Petua Untuk Wanita Tubuh Kecil atau Mungil
Jika tubuh anda kecil, rambut lurus yang halus memang sesuai dengan anda. Kalau anda lebih suka rambut panjang, pastikan ia tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan “layer” dan gelombang pada bahagian atas kepala, juga sesuai untuk anda.

Petua Untuk WanitaTubuh Tinggi
Jika anda bertubuh tinggi, anda tidak akan menghadapi masalah untuk menggayakan apa saja stail rambut. Wanita yang mempunyai gaya rambut berombak dan beralun semulajadi, boleh merubah penampilan mereka dan kelihatan feminin dan menarik.

petua kulit muka lembut dan cerah

Petua 1:
Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka anda. Biarkan ia kering. Seterusnya, anda cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.

Petua 2:
Campurkan parutan lobak merah, kuning telur dan sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Petua 3:
Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 35 minit. Selepas itu, cuci dengan air biasa. Amalkannya 3 kali seminggu.

Petua 4:
Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Seterusnya, sapukan campuran tersebut pada muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan dan biarkan sehingga bedak itu kering. Kemudian, basuh dengan air suam.

Petua 5:
Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

Petua 6:
Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka anda setiap malam.

Petua 7:
Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka anda seperti memakai bedak sejuk. Lakukannya setiap hari.

diet oh diet

Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad

Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren