Wednesday, January 19, 2011

khasiat kunyit

a. Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

b. Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut.

c. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu pada tubuh akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan.

d. Kunyit juga boleh membantu masalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.

e. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

f. Kunyit amat sesuai ditanam di sekeliling rumah dan jika anda rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Melancarkan Perjalanan Darah
1. Kunyit mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

2. Parut 2 ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

No comments:

Post a Comment