Wednesday, January 19, 2011

Rawatan wajah di rumah

Bahan:
1. Pembersih wajah
2.Krim untuk pengelupasan (scrub)
3. Air Suam
4. Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
5. Pelembap

CARANYA:
1. Bersihkan Muka
Ia bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah anda. Untuk kulit berminyak, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. Pengelupasan
Gunakan jari tangan dan sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Apabila selesai, basuh muka anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan
Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Dedahkan muka anda pada wap air panas berkenaan. Anda boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk. Tekan lembut-lembut pada muka anda sebanyak 4 hingga 5 kali.

4. Sapukan Pupur
Jika anda mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. Untuk kulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 15 hingga 25 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, anda bolehlah bersihkan muka anda dengan air biasa.

5. Pelembap
Pupuk krim pelembap pada muka anda. Jangan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit muka mengelupas.

No comments:

Post a Comment