Friday, January 21, 2011

petua selepas bersalin

Di antara pantang larang daqn petua-petua menjaga badan dan kesihatan selepas bersalin diperturunkan di bawah.

1. Kawal pergerakan

* Ibu-ibu lepas bersalin dikehendaki mengawal pergerakan, tidak terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan, tidak gopoh gapah kerana ditakuti tumpah darah.

* Ibu-ibu dikehendaki sentiasa menjaga kaki, memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan, membawa sakit hingga ke kepala dan meroyan serta lambat pulih kesihatan.

* Ibu-ibu hendaklah duduk secara merapatkan peha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan vagina kembali kepada asal (barangkali kerana orang dulu-dulu bersalin di rumah dan mengharapkan luka baik sendiri tanpa sebarang jahitan)

Saya perhatikan pantang larang di atas sukar dipatuhi oleh ibu-ibu muda sekarang, mereka tidak mengawal pergerakan, tidak suka pakai stoking dengan alasan panas, cara duduk pun tidak dijaga/dikawal, malah ikut rasa selesa, mungkin kerana yakin dengan `treatment' yang diberikan oleh doktor-doktor pakar.

2. Jaga pemakanan

* minum air perahan kunyit hidup (mungkin untuk melancarkan perjalanan darah) setiap pagi selama beberapa hari (antara 3-7 hari) selepas bersalin.

* untuk cepat sembuh luka vagina, makan sup ikan haruan dengan banyakkan halia muda dan lada hitam.

* jangan atau kurangkan makan makanan bersantan dan berkanji seperti kuah kari dan pulut (mungkin kerana angin perut dan menambahkan kolestrol dalam badan, serta melambatkan proses menurunkan berat badan untuk kembali kepada bentuk asal)

* jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin perut (seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, terung, nangka muda, jantung pisang) dan buah-buahan yang bersifat masam (asidic) dan sejuk (seperti mempelam, limau dan lain-lain)

Saya masih ingat semasa ibu saya dalam pantang, dia tidak makan lauk berkuah, sebaliknya makan nasi panas dengan ikan bakar (yang disapu sedikit garam dan kunyit) serta ditaburkan serbuk lada hitam. Ibu saya juga makan 2 biji telur ayam kampung yang jadi masak apabila dibancuhkan bersama madu lebah asli. Badan sentiasa berpeluh kerana panas madu lebah dan lada hitam, muka kemerah-merahan (tidak pucat lesi)dan cepat pulih kesihatan.

3. Mandi Air Serung / Rebusan Herbal

* mandi setiap pagi dengan air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kadok, pandan, serai wangi, kunyit, jambu batu, dan lain-lain serta dimasukkan juga asam keping, kulit kayu manis dan cengkih.

* atau lebih mudah sekarang ini boleh juga menggunakan bungkusan herba yang disediakan khas untuk direbus sebagai air mandian.

4. Berurut

* Selepas beberapa hari bersalin dan luka pada vagina dah sembuh, bolehlah diurut seluruh badan, antara 3 - 7 hari, kira-kira 1 jam setiap hari. Sebaik-baiknya berurut hendaklah pada waktu pagi, suasana masih segar dan sejuk.

* Tumpuan berurut juga kepada bahagian perut, untuk menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

* Bolehlah diulang berurut mengikut keperluan, terutama jika ada rasa letih dan tegang urat saraf selepas menyusukan bayi. Boleh juga diulang berurut pada hari-hari ke 40 hingga 44, iaitu sebelum selesai berpantang, terutama untuk tujuan menaikkan (menyekak) peranakan.

5. Bertungku / bergagang

* Selepas berurut diikuti pula dengan bertungku, terutama di bahagian perut dan peranakan, untuk cepat kecutkan peranakan dan sekaligus mengempiskan perut ibu kembali kepada bentuk asal.

* Ada juga di antara ibu-ibu yang mengamalkan bergagang, iaitu dengan menjiruskan air ke atas tungku panas, kemudiaan selinkupkan kain sarung dan berkangkang di atasnya supaya wap panas dapat memanaskan vagina dan mengucutkan peranakan. Boleh juga menggunakan peralatan mandi wap seperti yang disediakn di pusat rawatan kecantikan/spa.

6. Berbengkung / barut perut

* Membarut perut/berbenkung dengan olehan campuran kapur sirih dan limau nipis selama antara 3 hingga 7 hari pertama selepas bersalin. Campuran ini cepat mengecutkan peranakan dan mengmpiskan perut. Ada ibu-ibu yang menggunakan ragi untuk tujuan ini.

* Selepas berurut, bertungku dan bergagang, maka perut bolehlah di barut dengan olehan bancuhan herba rawatan bersalin. Ini banyak dijual dalam pasaran dengan berbagai jenama.

7. Bersalai / Berdiang

* bersalai/berdiang bermaksud tidur di atas salain atau katil yang diletakkan bara api di bawahnya. Katil biasanya ditinggikan supaya tidak terlalu dekat dengan bara api.

* bersalai/berdiang biasanya dibuat pada waktu pagi ketika cuaca sejuk dengan tujuan untuk memanaskan badan dan mengeluarkan peluh, cepat mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut. Bila bersalai, ibu-ibu akan merasa haus dan banyak minum air, dengan itu dapat dikeluarkan toksin dari badan dan ibu-ibu akan cepat merasa sihat.

* bersalai/berdiang sekarang ini bolehlah dibuat di atas tilam b-ion, iaitu tilam yang ada batu-batu jade dan dipanaskan dengan kuasa letrik.

8. Menyapu pilis

* menyapu pilis pada dahi, untuk menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata, serta mengelakkan dari sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

* pilis biasanya boleh didapti bersama pakej herba/jamu bersalin. Pilis juga boleh dibuat sendiri, iaitu dengan memarut halus jambu batu muda dicampurkan dengan bedak sejuk dan air mawar.

9. Memakan Jamu bersalin / Minum Air Rebusan Akar Kayu (Ubat Periuk)

* Ibu-ibu dahulu biasanya mengamalkan meminum air rebusan akar kayu (ubat periuk) yang disediakan oleh bidan/bomoh kampung.

* Ibu-ibu sekarang boleh memilih banyak alternatif Jamu Bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan.

10. Memanjangkan tempuh berpantang

* Orang-tua dahulu biasanya melanjutkan tempuh berpantang kepada ibu-ibu lepas bersalin sehingga ke seratus hari, terutama untuk tujuan kembali mengadakan hubungan sex dengan suami, supaya dapat memastikan badan benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi membolehkan merancang keluarga dan mengambil precaution kehamilan.

Semoga ibu-ibu muda atau bakal-bakal ibu dapat mempelajari sesuatu daripada petua-petua yang dicatatkan ini. Rasa-rasanya ini sajalah yang dapat saya perturunkan, mungkin ada yang dah lupa, sebab berpantang saya yang terakhir adalah 19 tahun yang lalu.

2 comments:

  1. JAMU SEDAP MALAM extra rapat merupakan ramuan turun temurun yang sebenar & 100% bahan semulajadi berasaskan MANJAKANI yang sangat terkenal khasiat dan kegunaan untuk mengatasi masalah kewanitaan yang berkait rapat dengan keintiman suami isteri...

    JAMU SEDAP MALAM MEMBANTU : ✔ Maintain Rapat, Ketat, Padat, Mantap & Lebih Bertenaga ✔ Tanpa Keputihan Merimaskan ✔ Tiada Senggugut Menyakitkan ✔ Payudara & Punggung Kembali Anjal ✔ Peredaran Darah Lancar, Wajah Kembali Berseri ✔ Lawas Membuang, Toksin Disingkirkan ✔ Kitaran Haid Normal & Lancar ✔ Tanpa Masalah Angin Seluruh Badan ✔ Mengecutkan Rahim, Rahim Subur ✔ Rawat Masalah Cyst & Fibroid Secara Semulajadi ✔ Aliran Susu badan Lebih Lancar ✔ Kembali Ghairah Bersama Suami ✔ Bau Badan Hilang, Hormon Stabil

    JAMU SEDAP MALAM SESUAI UNTUK? 1- Wanita & Gadis seawal baligh. 2-Mengalami ‘V’ berair. 3- Masalah keputihan. 4- Wanita selepas bersalin @ keguguran. 5- Masalah gatal-gatal di ‘V’. 6- ‘V’ berbau kurang enak. 7-Wanita yang kerap minum air batu. 8-Masalah haid tidak teratur. 9-Masalah haid berpanjangan. 10-Masalah haid tidak datang berbulan-bulan, bertahun-tahun 11- Wanita yang berkerja kuat & berat. 12-Masalah ‘V’ becak atau basah. 13-Wanita yang kena bentan kena sejuk-sejuk atau menggigil-gigil. 14-Masalah payudara kendur. 15-Masalah punggung jatuh

    TINDAK BALAS JAMU SEDAP MALAM: ✔ Jamu Sedap Malam yang dimakan akan mengecutkan rahim. ✔ Jamu Sedap Malam yang dimakan akan mengecut ‘V’ secara perlahan-lahan dari masa ke semasa ✔ Jamu Sedap Malam yang dimakan berfungsi memanaskan rahim. Darah-darah beku, kerak keputihan atau lender-lendir beku akan mencair dan akan menitis dari mulut rahim jatuh kedalam faraj. Perlahan-lahan lendir dan cecair turun ke permukaan faraj. ✔ Kemungkinan ‘V’ akan terasa becak kerana lender-lendir akan mula keluar berselirat. Bergantung pada situasi pengguna dari warna pekat keperangan, perang tua, bercampur darah, kehijauan, kekuningan, keputihan sehingga lendir tiada warna dan air yang tiada warna. (Kemungkinan seluar dalam basah akibat air bukan kencing) ✔ Terasa denyutan di ari-ari atau dalam rahim, di ‘V’, Dinding kanan dan kiri faraj bertembung secara perlahan-lahan dari masa ke semasa. ✔ Penggunaan berterusan semua kesan-kesan di atas akan hilang. Penggunaan yang berterusan membuatkan rahim menjadi sihat. ✔ Payudara berdenyut-denyut, menegang dan pejal. ✔ Jika rahim kembang akan terasa denyutan untuk mengecut.

    KESAN PENGAMBILAN JAMU SEDAP MALAM? 1. Kembali ghairah & bertenaga. 2. Faraj rapat tanpa lendir. Terasa sempit, lembab dan hangat dalam faraj. 3. Payudara yang kendur akan tegang dan anjal. 4. Punggung menggeleber dan jatuh akan tegang dan naik. 5. Penggunaan berterusan menurunkan berat badan yang ideal kerana toksin disingkirkan, penghadaman lancar. 6. Memberi kejutan pada suami 7. Mengikat rindu suami pada si pemakai. 8. Segarkan tubuh badan dari kepenatan. 9. Mengetatkan otot-otot dalaman selepas bersalin. 10. Mengempiskan perut & membentuk potongan badan ideal.

    CARA MAKAN JAMU SEDAP MALAM: * 3 biji - 3kali sehari (botol pertama) * 2 biji - 2 kali sehari (botol kedua dan seterusnya) * Tidak perlu di makan ketika haid KECUALI Senggugut, Masalah angin satu badan, Masalah haid yang berlanjutan. * 1biji pil kedalam vargina untuk ketat. (wanita sudah berkawin sahaja) * 1 botol mengandungi 120biji pil, hanya dengan penggunaan 1botol sahaja mampu memberikan kejutan buat diri anda serta pasangan

    RM50 free pos.

    Testimoni dari saya sendiri, xsampai smggu pun mkn jmu ni, rasa mmg ketat.otot kemut pun mkin kuat.hubby mmg puji la..heehee..keputihan mmg terus hilang la..cuba dulu baru tahu..;)

    Nak order taip jamu sedap ke 0185790420 @ whtsapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam admin. Tumpang Iklan:-

      Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
      Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
      Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
      Wanita cantik bermula dari diri :)

      [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN,KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

      Delete